Kenali Kami


Soalan 1 : Apa yang akan saya dapat daripada blog ini?

Soalan ini menarik. Anda perlu tahu apa yang akan anda dapat bila membaca blog ini. Adakah blog ini hanya bahan bacaan sampah yang tidak membawa apa-apa makna kepada anda? TIDAK!! 

Kami juga peniaga seperti anda. Pastinya kita mahukan masa kita diisi dengan membaca sesuatu yang berfaedah dan memberikan manfaat untuk semua.

Atas sebab itu kami membina blog ini bagi membolehkan anda mempelajari sesuatu yang berguna untuk anda memulakan perniagaan anda dengan lebih baik dan tersusun. Kunci kepada kejayaan sesebuah perniagaan adalah pengurusan yang cemerlang.

Anda akan mempelajari teknik dan kaedah pengurusan serta teknologi perniagaan yang terkini. Kami memberikan kepada anda sesuatu yang PRAKTIKAL & TERKINI

Soalan 2 : SIapakah yang membangunkan blog ini?

Blog ini dibangunkan oleh sekumpulan usahawan yang telah melalui pelbagai rintangan dan cabaran di dalam perniagaan. Kami bukanlah pakar tetapi kami ingin kita semua berkongsi pendapat untuk kebaikan bersama.
Kami menulis tentang sesuatu dan anda memberikan komen dan pendapat yang membina. Jadi, kita semua akan beroleh manfaat dan ilmu yang berguna.

Soalan 3 : Adakah kandungan blog ini “syok sendiri” dan fakta yang diberikan hanya rekaan semata-mata?

Seperti yang kami katakan tadi, kami juga peniaga seperti anda. Kami sentiasa memastikan kandungan blog ini akan memberikan manfaat kepada anda. 
Kami menulis berdasarkan pengalaman kami, pembacaan kami dan perkongsian pendapat dari semua pihak. Kami sentiasa memastikan informasi kami sahih dan berguna.
Kami yakin ilmu yang berguna (walaupun bukan ilmu agama), akan memberikan manfaat kepada kita di akhirat nanti jika ilmu itu diamalkan dan memberikan faedah yang baik kepada diri, keluarga dan masyarakat.