Memiliki perniagaan printing (Pengenalan)

(Motivasi perniagaan adalah blog yang berkongsi rahsia dan Tips perniagaan secara percuma. Kami adalah sekumpulan usahawan yang ingin berkongsi ilmu dengan anda. Sudikanlah untuk share posting ini di Facebook anda. Terima kasih)

Saya ingin memulakan perniagaan Printing tapi bagaimana???

Sebenarnya tidaklah terlalu mudah atau terlalu sukar untuk anda memulakan perniagaan percetakan atau Printing. Ianya akan menjadi mudah jika anda mengetahui langkah-langkah dan cara bagaimana untuk memulakan perniagaan ini.

Kami akan kongsikan bersama anda mengapa anda boleh memilih bidang percetakan sebagai perniagaan anda. Kami juga akan mendedahkan kepada anda produk-produk yang mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan. 

Produk di dalam perniagaan percetakan

Perniagaan percetakan adalah sebuah perniagaan yang mempunyai masa depan dan prospek yang tinggi. Bidang ini sentiasa berkembang maju selari dengan peredaran zaman teknologi percetakan dan media massa. 

Walaupun terlalu ramai yang menceburi bidang ini tetapi tidak ramai yang benar-benar berjaya untuk menguruskan perniagaan ini dengan sempurna. Perniagaan ini mempunyai pelbagai pilihan produk dan kaedah pemasaran bagi setiap produk adalah berbeza-beza.

Jangan terkejut jika kami katakan hampir 60% usahawan di dalam bidang percetakan hanya berada di level yang sama dari awal tahun penglibatan mereka. Mereka masih menjual produk yang sama pada kadar jualan yang sama untuk tempuh bertahun-tahun.

Selain itu hampir 80% peniaga yang baru menjual produk percetakan akan putus asa dan gulung tikar dalam masa 2 tahun mereka menceburi bidang ini.

Mereka gulung tikar atau berhenti berniaga bukan kerana pasaran telah tepu tetapi kerana mereka terperangkap dalam modal pusingan yang tersangkut. Jualan yang dijana tidak mampu menampung kenaikan kos jualan yang semakin meningkat.

(Kami akan berkongsi dengan anda dari masa ke semasa kaedah dan cara untuk menguruskan perniagaan percetakan anda di dalam keadaan ekonomi yang mencabar ini.)

Berikut disenaraikan beberapa produk perniagaan di dalam bidang percetakan :

  1. T Shirt, button badge, mug dan wooven beg
  2. Kad jemputan perkahwinan dan goodies
  3. Business card, flyers, brochure dan Rubber stamp
  4. Banner, bunting dan papan iklan
  5. Khidmat reka bentuk (design)

Produk percetakan cukup luas dan banyak untuk diusahakan tetapi Ianya bukan mudah malah memerlukan anda untuk benar-benar memahami proses pembuatan, kos, jangkamasa dan yang terpenting siapa pelanggan anda. Anda harus mengetahui bagaiman mereka mencari produk anda dan bagaiman trend pembelian mereka.

Perkara ini bukan mudah untuk dibincangkan dan kami akan mendedahkan rahsia satu persatu kepada anda nanti.

Teruskan membaca dan berkongsi pendapat anda di blog ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s