5 kesilapan memilih produk

(motivasi perniagaan dot com adalah blog perkongsian idea oleh sekumpulan usahawan yang ingin membantu anda membina masa hadapan yang lebih sempurna)

Bila kita bercakap soal perniagaan, perkara pertama yang akan bermain di fikiran ialah apa yang saya nak jual? Produk atau perkhidmatan adalah perkara pokok yang harus difikirkan sebelum anda memulakan apa jua perniagaan.
Tugasan memilih produk yang ingin diniagakan bukanlah kerja mudah kerana Ianya menentukan jatuh dan bangun kita dalam dunia perniagaan. Jika kita mempunyai produk yg betul, pada masa yang betul dan prospek/pelanggan yang betul, kita akan berjaya. Begitu juga sebaliknya. Atas sebab itu kita harus memilih dengan baik apakah produk/perkhidmatan yang ingin kita jual atau tawarkan.


Kesilapan ketika memilih produk/perkhidmatan.

Sebelum kita berbincang lebih mendalam mengenai Tips dan cara mudah untuk mengenalpasti produk/perkhidmatan yang boleh dijual, marilah kita melihat dahulu kesilapan yang sering dilakukan oleh para usahawan bila mereka memilih produk atau perkhidmatan yang ingin didagangkan.

  1. Meniru produk orang lain. Ini kesilapan paling utama. Selalunya bakal usahawan akan meniru atau mengikut produk orang lain terutamanya bila produk tersebut biarlah dan laris di pasaran. Contohnya suatu ketika dahulu produk kopi ala Starbuck terkenal dan tular, usahawan berebut-rebut menjual kopi itu walaupun hanya belajar resepi dari kawan dan internet. Mereka kurang faham selok belok cuma mereka terikut-ikut trend pasaran pada masa itu menyebabkan perniagaan itu hanya bertahan di tengah jalan sahaja. Produk sebegini tidak bertahan lama.
  2. Kurang pengetahuan tentang produk tapi tertarik dengan margin keuntungan yang tinggi. Ini adalah satu lagi kesilapan bakal usahawan. Mereka melihat sesuatu produk yang laku dan margin yang tinggi, membuatkan mereka tertarik untuk menjual produk tersebut.
  3. Kurang membuat research  tentang produk yang akan dijual. Kebanyakkan bakal usahawan sebenarnya kurang membuat penyelidikan dan kerja rumah tentang produk yang sesuai untuk dijual. Mereka hanya melihat kejayaan orang lain dan mereka terus membuat keputusan untuk menjual produk tersebut. Lebih malang lagi jika wang yang banyak dilaburkan untuk tujuan itu.
  4. Kurangnya ilmu pemasaran. Bakal usahawan ini memilih produk tapi mereka juga masih keliru bagaimana dan apa medium pemasaran yang harus digunakan. Mereka masih mengikut kaedah pemasaran konvensional yang mungkin sudah agak lapuk.
  5. Terlalu lama mencari idea produk yang ingin dijual. Ini adalah satu lagi kesilapan bakal usahawan. Masa yang diambil untuk menilai produk untuk dijual cukup lama. Apapun produk anda harus ingat semuanya masih terikat dengan kaedah cuba jaya. Sehebat mana pun produk, tidak ada jaminan Ianya akan meletup di pasaran. Pasaran dan pelanggan cukup dinamik. Citarasa dan kehendak mereka berubah setiap saat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s