5 Perkara Utama Untuk Memulakan Perniagaan (Pertama : Produk)

(Motivasiperniagaan.com adalah inisiatif sekumpulan usahawan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman di dalam dunia perniagaan. Penyampaian di dalam artikel ini adalah berdasarkan situasi semasa dunia perniagaan di Malaysia pada masa ini)

Perkara pertama yang akan kita tentukan dan fikirkan apabila kita ingin memulakan perniagaan ialah produk. Produk adalah perkara wajib. Tanpa produk, kita bukan seorang peniaga. 

Produk ialah barang niaga. Ianya mungkin merupakan barang yang berbentuk fizikal atau mungkin perkhidmatan. Keduanya diklasifikasikan sebagai produk.

Jadi apabila kita ingin memulakan perniagaan, perkara asas yang amat penting untuk kita tentukan ialah apa yang ingin kita jual.

Apakah perkara yang perlu dipertimbangkan?

Produk adalah perkara asas yang akan menentukan jatuh dan bangunnya kita dalam perniagaan. Kesilapan kita memilih produk bukan sahaja merugikan masa malah wang ringgit dan kepakaran yang kita laburkan. Berikut adalah perkara yang perlu dipertimbangkan apabila kita ingin mencari produk ;

  1. Apakah barangan yang menjadi keperluan atau kehendak utama prospek kita? Prospek adalah sekumpulan individu yang menjadi kumpulan sasar kita apabila kita menjual dan memasarkan produk yang kita pilih. Terlalu banyak barang yang boleh diniagakan. Jadi kita harus melihat secara terperinci apakah yang menjadi keperluan utama prospek atau masyarakat sekeliling kita
  2. Apakah kemahiran yang kita miliki?
  3. Siapakah dan daripada manakah barang niaga atau produk diperolehi?
  4. Harga kos dan harga jual produk kita.
  5. Adakah produk yang dijual memerlukan kelulusan daripada pihak berwajib?
  6. Empty glass. 


Kesilapan usahawan ketika memilih produk.

Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, kesilapan memilih produk bukan sahaja merugikan masa malah merugikan wang ringgit yang kita laburkan.


Produk yang dijual akan menentukan jenis perniagaan.
Setelah kita berjaya mengenalpasti produk yang akan dijual, kita akan dapat menentukan jenis perniagaan yang akan kita ceburi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s